Wednesday 9 January 2013

Entry khas untuk anakandaku Sofea....

Malam hari tu sofea buat aku terkedu…buat air mata aku mengalir tanpa dipinta, tanpa sedar…..soalan-soalan yang keluar dari mulut dia sangat membuatkan aku tersentak…..maklum la..dia dah besar…kadang-kadang dia macam tau apa yang terjadi dengan kehidupan kami…

“kenapa sofea tak macam orang lain..???” kalau hari cuti dapat kuar jalan-jalan ngan abah dorang, ngan mama dorang….tapi sofea kena duduk umah jer…kalau mama tak buat keje kat computer baru boleh kuar…. L

Ada soalan yang mampu aku jawab..ada yang soalan aku diamkan jer…biarkan berlalu tanpa jawapan…mungkin belum masa untuk dia tau atau aku rasa dia tak perlu tau…atau biarkan saja sampai dia dapat jawapan sendiri suatu hari nanti…L

Tapi yang lain-lain tu mama boleh jawab tuk sofea ngan adik…..bukan mama tak bawa kakak ngan adik jalan-jalan..ada, mungkin kakak mengharapkan sesuatu yang lebih dari itu…mungkin kakak rindu sesuatu yang kakak tak boleh nak terangkan pada mama….mama akui kadang-kadang mama sibuk buat keje kat computer sebab mama nak cari duit lebih untuk kiter…mama sibuk buka tu, buka ni…google sana, google sini….semua mama buat untuk kamu sayang….sebab mama sendiri tak tau sampai bila kamu akan berada bersama mama…..sebab tu mama sediakan sebaik mungkin keperluan kamu berdua…manalah tau umo mama tak panjang, sekurang-kurangnyer kamu dua beradik tak membebankan sesiapa….aduhai..sedihnye…*nangis plak aku buat entry ni..* huhuhuhuhuhu…. :’(

Kakak baru 7 tahun…tapi takpe, mama buat entry khas ni untuk kakak supaya bila satu hari nanti kakak dah besar, kakak baca blog mama ni, mama nak kakak tau…betapa mama sayang kamu....mama tak pernah abaikan kakak ngan adik..apa saje kemahuan kamu berdua, sebolehnye mama akan tunaikan..walaupun lambat tapi kamu tetap dapat apa yang kamu mahu….bukan mama tak mahu bawa kamu berdua jalan-jalan tapi mama tak berani nak drive sesorang jauh-jauh….(_____________)
Kamu kan tau..mama ni penakut..kalau drive malam lagi takut…keta banyak pun takut….tapi demi kamu, insya allah..pasni mama akan belajar tuk drive jauh-jauh supaya kiter boleh makan angin jauh sikit yek…T________T

Kamu selalu merungut..nak beli tu tak boleh, nak beli ni tak boleh.. mama bukan tak nak bagi tapi banyak kali mama terangkan pada kakak..kalau benda tu tak penting, mama tak akan keluarkan duit semata-mata untuk itu..ye la mama tau kakak masih belum faham walaupun berbuih mulut mama menerangkan….tapi mama tetap sayang kamu…

Kadang-kadang kakak marah ngan mama…tapi mama tetap sayang kakak..
Kadang-kadang kakak merajuk ngan mama…tapi mama tetap sayang kakak..
Kadang-kadang kakak sentap-sentap ngan mama…tapi mama tetap sayang kakak…
Kadang-kadang kakak melawan cakap mama…tapi mama tetap sayang kakak….

SEBAB…dalam dunia ni mama hanya ada kakak dan adik yang boleh menceriakan hari-hari mama..yang boleh membuatkan mama tersenyum saat mama letih balik keje…yang membuatkan mama selalu rindu di saat kamu tiada bersama mama…yang membuatkan mama selalu huru hara pagi-pagi nak kejutkan kamu bangun pegi sekolah…

SEBAB…dalam dunia ni mama hanya ada kakak dan adik yang boleh membuatkan mama kuat menghadapi dugaan hidup..yang membuatkan mama berani mengharungi cabaran hidup…yang membuatkan mama kental tanpa berpaling ke belakang lagi…yang membuatkan mama semakin tabah dan mampu berdikari…

HANYA KERANA KAKAK DAN ADIK..MAMA MASIH DI SINI MENERUSKAN KEHIDUPAN YANG SEMAKIN BERLIKU….SEMANGAT MAMA HANYA DENGAN KAMU BERDUA….MAMA NAK KAKAK TAHU YANG MAMA SANGAT SANGAT SANGAT SAYANGKAN KAMU BERDUA….




Dari hati kecil mama menulis untuk kamu…

No comments:

Post a Comment