Thursday, 6 December 2012

sepanjang 2012

cepat tul masa berlalu…sedar tak sedar kiter dah sampai penghujung tahun..pejam celik pejam celik dah tinggal berapa hari jer lagi…..untuk ucap selamat tinggal 2012…and welcome 2013.

Tahun ni banyak benda yang terjadi dalam kehidupan aku…..bermula awal tahun..perkara pahit berlaku dalam aku..hubungan yang dibina terputus juga….buat kali kedua aku kembali sedih, kecewa, terkilan, terluka semua ada tapi kehidupan harus diteruskan…perlahan-lahan aku bangun..menapak dari satu langkah ke satu langkah dan akhirnya aku mampu berlari dan tersenyum…

Lepas tu bermula kesibukan yang berganda…….kakak terpilih untuk pertandingan tarian dan kompang. Bermula dari persembahan di Sekolah Sg. Rawang, sempena Mini Karnival…lepas tu ke Kg. Baru Lanjut..untuk pertandingan tarian dan kompang wakil sekolah..Alhamdulillah….berkat kerja keras kakak dan kawan2..dorang menang tempat pertama dan layak untuk mewakili daerah Sepang bagi peringkat negeri. Selepas itu, kakak sibuk latihan untuk pertandingan tarian sempena Karnival Jelajah Sihat. Kali ni dapat tempat ke tiga jer….takper…tu pun dah cukup bagus…. Selepas tu kami berkampung di Shah Alam…kakak wakil daerah peringkat negeri dalam acara kompang berinfomasi…dan Alhamdulillah…team kakak menang dan layak mewakili negeri ke peringkat kebangsaan…mengalir air mata mama saat diumumkan Selangor johan kategori kompang berinfomasi..tak sangka anak yang mama kandung selama 9 bln 10 hari ini cukup berbakat besar…..i’m proud with u..
Selepas tu aku berkampung plak kat Terengganu selama 5 hari…dengan si kancil tu aku berulang alik dari Kemaman ke Dungun…demi kamu yang tercinta wahai anakku…apa saja ku redahi…..dengan tok diah dan si kenit tu kami bergerak ke sana…untuk memberi sokongan padu…walaupun tak berjaya mendapat tempat, tapi mama tetap bangga ngan kamu dan kawan2 kamu……kamu telah membawa nama Selangor hingga ke peringkat kebangsaan.

Tahun ni si kancil aku tu 2 kali masuk hospital…benar2 menduga kesabaran aku dan anak2…patah kaki jangan cakap la…terpaksa tumpang kawan2 untuk pegi opis ngan balik opis…..

Alhamdulillah…hampir ke penghujung ni..terasa ada sedikit kemanisan…kancil pun dah sihat sikit walaupun tak sihat sangat tapi Alhamdulillah…….boleh la dibawa ke hulu ke hilir….Syukur sangat….pastu rezeki pun bertambah…..syukur sangat pada Mu Ya Allah….

Sebenarnya banyak peristiwa lain yang berlaku dalam kehidupan aku dan anak2……ada sedih ada bahagia….semuanya kami tempuhi dengan tabah…..mendapat perkhabaran si dia telah berkawin dengan orang seberang…pastu dapat lagi perkhabaran apak dorang pun telah selamat bersatu bersama “umi” dorang tu….alhamdulillah…..tiada dendam dalam hati ini melainkan doa semoga mereka bahagia….T________T……………aku bila lagi..???? ermm…(_________________________)
aku belum jumpa apa yang aku nak..yang penting jodoh, kalau xder jodoh camner nak kawin…? Ni ayat nasha aziz dalam Cinta Luar Biasa tau..jgn salah anggap..(^_^)

ok,bye.

No comments:

Post a Comment